Cara Pendaftaran & Langkah Menyertai Grab EV
Grab Malaysia kini membuka peluang kepada pemandu di Lembah Klang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif Grab EV, iaitu perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan elektrik (EV) yang lebih mesra alam dan moden. Jika anda berminat untuk memandu EV bersama Grab, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ketahui:
1. Terbuka untuk Pemandu di Lembah Klang Sahaja
Peluang ini hanya dibuka untuk pemandu yang berada di kawasan Lembah Klang. Ini bagi memudahkan urusan pendaftaran, temuduga, serta penyelarasan kenderaan EV yang akan digunakan.
2. Temuduga di Grab Driver Axis
Selepas mendaftar minat, temuduga akan diadakan di Grab Driver Axis, pusat rasmi Grab untuk semua pemandu. Temuduga ini penting untuk memastikan anda memahami sepenuhnya cara operasi perkhidmatan Grab EV.
3. Jemputan Temuduga Melalui WhatsApp atau SMS
Peluang ini hanya dibuka untuk pemandu yang berada di kawasan Lembah Klang. Ini bagi memudahkan urusan pendaftaran, temuduga, serta penyelarasan kenderaan EV yang akan digunakan.
4. Maklumat Lengkap Kereta EV
Semasa sesi temuduga, pihak Grab akan menerangkan semua maklumat penting, termasuk:
Model kereta EV yang akan digunakan
Kadar sewaan dan struktur bayaran
Terma & syarat pemanduan EV
Sesi ini juga memberi peluang kepada anda untuk bertanya apa sahaja mengenai perkhidmatan Grab EV.
Kenapa Sertai Grab EV?
Memandu EV bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran, malah memberikan imej profesional dan pengalaman pemanduan yang lebih moden. Selain itu, Grab EV turut menyediakan infrastruktur sokongan seperti pengecasan EV di lokasi strategik.
Grab Hub Cheras
“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”
